Mangga

Saturday, July 11, 2009

Datuk ku Arwah Abdul Wahab bin Jumaat

Datukku, Arwah Abd Wahab@Wook bin Jumaat atua lebih dikenali sebagai Pak Wook, berasal dari Pahang adalah salah seorang penduduk tertua didaerah Mersing.Beliau telah kembali kerahmatullah pada 18 Feb 1983. Pernah berkahwin sebanyak 3 kali dan mempunyai 17 orang anak. Bersama isteri pertama, datukku mendapat seorang anak lelaki bernama Md Ludin yang mana telah pun kembali kerahmatullah. Manakala bersama isteri yang ke3, Arwah Fatimah bt Mohd Salleh yang meninggal pada 16 Jun 2006, beliau mendapat anak sebanyak 16 orang iaitu:-
1. Aminah
2. Hashimah
3. Arwah Jamaliah meninggal semasa berusia 3 bulan.
4. Arwah Zaharah meninggal pada 2/6/2006.
5. Ahmad
6. Mariam
7. Abd Majid
8. Abd Hamid
9. Aisyah
10. Rabeah
11. Arwah Hasnah meniggal semasa berusia 9 bulan.
12. Hamidah.
13. Arwah Mohs Yusof meninggal semasa berusia 3 bulan
14. Abd Rahman
15. Abd Jamal
16. Norzakiah.
Semaa hayatnya, datukku bekerja sebagai pembuat batu nisan disamping menjadi kesayangan ahli keluarganya walau dimana pun termasuk yang berada di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ianya terbukti setiap kali mengadakan khenduri kahwin, aku lihat begitu ramai saudara-mara datukku yang jauh datang, kadang kala seminggu sebelum khenduri pun dah datang. Lama kelamaan aku mula faham mengapa mereka semua datang. Sebabnya sebahagian dari mereka telah dikirimkan duit tambang untuk datang, mungkin datukku maklum situasi kewangan saudara maranya. Bukan semasa khenduri saja mereka dihantar duit tetapi dimusim menyambut perayaan pula, datukku akan mengirimkan kain untuk dibuat persiapan baju raya. Teringat semasa aku kecil, kami semua pakai baju dari kain yang sama, dari emak,bapa sampai keanak, bukan satu keluarga saja tapi 3-4 keluarga. Ini disebabkan datukku selalu membeli kain sekayu untuk baju raya manakala opahku pula yang akan menjahit kesemua baju tersebut. Jadi konsep tema warna bagi keluarga telah lama kami gunakan. Sampai satu tahap ( bila dah besar sket) kami mula merasa malu nak pakai baju yang sama. Tapi pun tak banyak beza, warna je lain tapi corak tetap sama. Jadi branding Pak Wook tetap ada. Ini disebabkan datukku sentiasa mengambil berat tentang keperluan dan kemampuan anak anak beliau walupun telah berkahwin. Begitulah sikap datukku,walaupun seorang yang tegas tetapi masih mampu mengajar kami ketika duduk bersama.

7 comments:

bentayan said...

aku cucu nombor berapa oyo (siah)?

Anonymous said...

x taulah.. kena tau tarikh lahir semua barulah boleh tau ranking...

Maimunah said...

oyo, bak (pak awang) ckp susunan adek beradek salah laa...

1-aminah a.k.a mak mok
2- hashimah a.k.a mak ngah
3- arwah jamaliah
4- arwah zaharah a.k.a arwah mak jarah
5- ahmad a.k.a ayah aji
6- mariam a.k.a mak yam
7- abd majid a.k.a wak jid
8- abd hamid a.k.a ayah mid
9- aisyah a.k.a mak esah
10- rabeah a.k.a mak njang
11- arwah hasnah
12- hamidah a.k.a mak ham
13- arwah mohd yusof
14- a. rahman a.k.a awang
15- abd jamal a.k.a pak ndak
16- norzakiah a.k.a ucu/noza

Anonymous said...

to aimi: hrp dpt add waris allahyarham pak wok jumaat di FB

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Saya sedang menyusur galur sedara mara sebelah bapa saya. Pak Wok ni saya pernah dtg ke rumah masa sya sekolah sekitar thn 80an dgn arwah bapa. Rumah belkang klinik kesihatan masih saya ingat. Boleh saya tahu siapa adik beradik arwah Pak Wok. sbb di sebelah saya nenek saya bernama Rahmah binti Jumaat tinggal d Pengerang berkahwin dgn Rapan Abd Karim. Kalau boleh saya berhubung di talian 0195703534 atau email arzect@yahoo.com. Terima Kasih. Razali Bin Kamisan

Anonymous said...

salam...kak..ada pembetulan sket..nama kak senah (ayahmid) bukan hasnah tp rosnah...
by : suria hamid :)

Anonymous said...

lg 1 name adik kite lg sorg xde
mohd hamizi b abd hamid..tarikh lahir xingt..thun 94.. :)