Mangga

Tuesday, December 28, 2010

Pre Gathering Waris AWJ 25 dan 26 Disember 2010





MERSING : Alhamdulillah, setelah menanti sekian lama, pertemuan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan daripada semua pihak. Semua anak-anak Arwah AWJ berkumpul di rumah salah seorang anak kepada Arwah iaitu di rumah Allahyarhamah Zahrah Ab Wahab pada 25 dan 26 Disember 2010.

Daripada 12 orang anak Arwah AWJ yang masih ada, seramai 11 orang hadir memeriahkan garthering yang julung kali diadakan ini. Kemesraan yang terjalin masih terasa walaupun ada yang tidak pernah bersua muka. Keramahan dan kasih sayang antara sesama keluarga jelas terpancar di ruang mata.

Semoga rancangan untuk mengadakan gathering yang lebih besar akan berjaya dan menarik lebih ramai lagi Waris Arwah AWJ.

Wednesday, November 24, 2010

Keluarga Hasimah Abd. Wahab (Mak Ngah) & arwah Yusof bin Jaafar


Salsilah Keluarga Hasimah Abd Wahab & Yusof bin Jaafar



Ahli Keluarga Hasimah (Mak Ngah)




Keluarga Hashim & Saniwati





Keluarga Sallehudin & Rafeah






Keluarga Abdul Rahim & Rosmawati





Keluarga Halimatun & NoorZaman





Mak Ngah & Cucu


Sunday, September 19, 2010

Keluarga A. Rahman Abd Wahab (Pak Awang)

A. Rahman B. Abd Wahab merupakan anak ke-14 hasil daripada perkongsian hidup Allahyarham Abd Wahab Jumaat dan Allahyarhamah Fatimah Md Salleh. Beliau dilahirkan pada 9hb Disember 1956. Berkahwin dengan Aminah Bt. Abdul Raji.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, telah dikurniakan anak seramai 3 orang iaitu :

1. Abdul Raouf A. Rahman
2. Maimunah A. Rahman
3. Nur Amirah A. Rahman

Tuesday, September 14, 2010

Keluarga Zahrah Abd Wahab & Ab Wahab Mohamed



Zahrah Abd Wahab merupakan anak ketiga hasil daripada perkongsian hidup Allahyarham Abd Wahab Jumaat dan Allahyarhamah Fatimah Md Salleh. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1941. Berkahwin dengan Ab Wahab B Mohamed.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan Zahrah dan Ab Wahab dikurniakan anak seramai 5 orang iaitu :

1. Yazid Ab Wahab
2. Yazidah Ab Wahab
3. Zanariah Ab Wahab
4. Najib Ab Wahab
5. Mahyun Ab Wahab.

Sedikit sebanyak ceritera keluarga Zahrah Ab Wahab

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Diam tak diam dah hampir sebulan kita berpuasa,tinggal lagi 2 hari menjelang Hari Raya Aidilfitri. Harap harap sambutan hari raya tahun ini lebih meriah. Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, terkasar bahasa dan perbuatan kepada semua ahli keluarga Arwah Abdul Wahab Jumaat. Semoga kita semua bergembira dan selamat dihari raya ini.


ecard

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Salam AidilFitri
MAAF ZAHIR & BATIN


Saturday, June 19, 2010

Khenduri Tahlil Buat Opah

16 Jun 2010 adalah ulangtahun kembali Opah kerahmatullah yang ke 4. Berkat sepakat beramai ramai, khenduri tahlil telah dibuat pada 17/6/2010, hari Khamis malam Jumaat yang lalu. Mulanya nak buat simple saja juadah untuk tahlil ni, Laksa Singapore sebagia menu utama dengan kuih kuih saja. Akhir nya pada hari yang ditetapkan, aku mula bercuti pada 16/6 untuk membeli barang keperluan majlis ini. Makin lama makin banyak pulak barang yang diminta untuk dibeli. Hai, semua mengidam kuih yang macam macam, mak suruh buat kuih hati pari, lebih kurang macam puding jagung sebab ada orang bagi jagung. Ana pulak nak seri muka durian ( ni kegemaran arwah Tok Bak). Aku pulak nak makan popia basah. Ni baru menu tambahan dari keluarga aku.

Menjelang esok petang, dalam kesibukan kami menyiapkan menu utama dengan kuih kuih, mak Yam pulak nak tambah beg goodies berisi bunga telur dan pulut kuning. Dalam pukul 5 petang, Pak Salam pulak hantar cup cakes hasil tangan Mak Ham. Kak Ani pulak bawa karipap masa maghrib. Bayangkanlah betapa banyaknya makanan. Sampai tak muat meja tapi lupa lak nak ambil gambar sebab dah penat sangat bangun duduk(2x). Tak dapat aku bayangnkan kalau kita buat khenduri dengan setiap orang nak membuat 1 jenis juadah. Anak Opah ada 14 orang, mesti meriah.. apa apa pun majlis macam ni memang best. Tak perlu nak keluarkan modal yang banyak sebab semua orang keluarkan menu masing masing dengan modal masing masing.


walaupun majlis khenduri ini dibuat sempena pemergian Opah tapi doa adalah untuk semua ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah beserta semua muslimin dan muslimat. Al-Fatihah..semoga doa kita diterima dan memberi berkat kepada semua roh..

Friday, June 4, 2010

Kucing Keluarga



Gracie...curi selipar jiran sebelah umah. Lpas curi, dia mkn selipar tu...isshhhh dah xde benda lain nk dimakannyer...huhuhu

Sunday, May 30, 2010

Keluarga Ucu - Norzakiah



Depan : Nazirah & Mohd Khairi
Belakang : Naemah, Ucu, Pak Ucu, Mohd Khaidir, Na'elah

Wednesday, April 7, 2010

Susunan Keluarga - Kategori cucu

Rasa rasanya macam baik kalau masukkan susunan cucu cucu opah dalam blog tapi
malangnya aku tak kenal semua terutama anak anak ayah Mid, Wak Jid dan Mak Esah ..tapi harap harap sepupu sepapat ni dapat dicari dari FB.
Kepada yang dah add, bolehlah hantar email utk aku invite jadi author dlm blog ni atau emailkan senarai ahli keluarga ,complete dengan tarikh lahir..

Tuesday, April 6, 2010

Rumah Pusaka

Semalam 5/4/2010, rumah pusaka keluarga kami dah jadi kenangan. Rumah ini telah dirobohkan sebelum tanah tapak rumah diserahkan kepada orang yang menuntut seperti dalam entry yang lalu.
Gambar gambar kenangan rumah , Aup akan masukkan.