Mangga

Monday, October 26, 2009

Rumah Pusaka

Rumah pusaka peninggalan arwah Tok Bak terletak di alamat 56B, Jalan Endau, Mersing, dimana banyak kenangan manis pahit keluarga kami disini. Tetapi semuanya akan jadi kenangan apabila setelah beberapa kali melalui ruang perbicaraan akhirnya pada 28 Okt 2009 yang lalu mahkamah menetapkan tapak tanah rumah tersebut bukan milik keluarga kami. Walaupun semua maklum arwah Tok Bak telah membeli tanah tersebut berdasarkan surat jual-beli tulisan tangan yg disimpan tapi semuanya tidak menyebelahi keluarga kami disebabkan penukaran nama tidak dibuat keatas tanah tersebut. Itulah sikap orang tua tua kita dahulu, terlalu percaya antara satu sama lain tetapi ianya mendatangkan keburukan kepada generasi yang baru. Keluarga kami diberikan masa untuk mengosongkan sehingga bulan April 2010.

Bagi ahli keluarga yang jauh, jika balik keMersing, janganlah pula berharap dapat bermalam dirumah tersebut kelak.

Saturday, October 10, 2009

Raya 2009

Bulan Syawal dah pun habis tapi aku baru berkesempatan untuk masukkan entri sempena raya tahun ni. Aku cuma dapat balik pada pagi raya disebabkan standby pada hari sebelumnya, jadi aku terpaksa menunggu abangku siap berkemas barang barang jualan (kuih kuih raya) sebelum balik ke kampung. Itupun setelah selesai solat sunat Hari raya.

Sesampai dikampung semua anggota keluargaku kecuali keluarga kakakku Adib sudah lama menunggu kami untuk menziarahi pusara kaum keluarga kami. Setelah bermaafan sesama kami, kami semua kekubur. Bermula dengan bacaan tahlil dipusara arwah Bak, kami menziarahi pusara Opah, Mak Jarah, Tok Bak dan lain lain yg berdekatan. Itulah tradisi beraya bagi keluarga kami sebelum saling menziarahi rumah kaum keluarga yang lain.

Disebabkan aku tidak berapa sihat mulai raya kedua, jadi tidak banyak gambar kenangan yang dapat aku masukkan disini. Cuma yang bermakna tahun ini kami beraya dengan ahli keluarga baru iaitu Arief Daniel, cicit pertama emak (cucu pertama kami, dah tua rupanya...heheheh)

Ni gambar semasa keluarga Mak Anjang, Pak Andak dan Ucu datang beraya dirumah serta gambar ahli keluarga terbaru kami, Arief Daniel