Mangga

Monday, October 26, 2009

Rumah Pusaka

Rumah pusaka peninggalan arwah Tok Bak terletak di alamat 56B, Jalan Endau, Mersing, dimana banyak kenangan manis pahit keluarga kami disini. Tetapi semuanya akan jadi kenangan apabila setelah beberapa kali melalui ruang perbicaraan akhirnya pada 28 Okt 2009 yang lalu mahkamah menetapkan tapak tanah rumah tersebut bukan milik keluarga kami. Walaupun semua maklum arwah Tok Bak telah membeli tanah tersebut berdasarkan surat jual-beli tulisan tangan yg disimpan tapi semuanya tidak menyebelahi keluarga kami disebabkan penukaran nama tidak dibuat keatas tanah tersebut. Itulah sikap orang tua tua kita dahulu, terlalu percaya antara satu sama lain tetapi ianya mendatangkan keburukan kepada generasi yang baru. Keluarga kami diberikan masa untuk mengosongkan sehingga bulan April 2010.

Bagi ahli keluarga yang jauh, jika balik keMersing, janganlah pula berharap dapat bermalam dirumah tersebut kelak.

Saturday, October 10, 2009

Raya 2009

Bulan Syawal dah pun habis tapi aku baru berkesempatan untuk masukkan entri sempena raya tahun ni. Aku cuma dapat balik pada pagi raya disebabkan standby pada hari sebelumnya, jadi aku terpaksa menunggu abangku siap berkemas barang barang jualan (kuih kuih raya) sebelum balik ke kampung. Itupun setelah selesai solat sunat Hari raya.

Sesampai dikampung semua anggota keluargaku kecuali keluarga kakakku Adib sudah lama menunggu kami untuk menziarahi pusara kaum keluarga kami. Setelah bermaafan sesama kami, kami semua kekubur. Bermula dengan bacaan tahlil dipusara arwah Bak, kami menziarahi pusara Opah, Mak Jarah, Tok Bak dan lain lain yg berdekatan. Itulah tradisi beraya bagi keluarga kami sebelum saling menziarahi rumah kaum keluarga yang lain.

Disebabkan aku tidak berapa sihat mulai raya kedua, jadi tidak banyak gambar kenangan yang dapat aku masukkan disini. Cuma yang bermakna tahun ini kami beraya dengan ahli keluarga baru iaitu Arief Daniel, cicit pertama emak (cucu pertama kami, dah tua rupanya...heheheh)

Ni gambar semasa keluarga Mak Anjang, Pak Andak dan Ucu datang beraya dirumah serta gambar ahli keluarga terbaru kami, Arief Daniel












Sunday, September 13, 2009

Keluargaku

Ibuku,Aminah adalah anak pertama pasangan Arwah Abd Wahab Jumaat dan Arwah Fatimah Mohd Salleh. Hasil perkahwinan dengan Arwah Ismail bin Awang, mereka mendapat 6 orang cahaya mata iaitu Abd Rashid, Rashidah, Adibah, Hishamuddin, Rozana dan Shamsiah. Ayahku meninggal pada 1 April 2008 yang lalu.
Ini gambar hariraya terakhir brsama arwah bapaku, raya tahun 2007.


Kesemua kami telah berkahwin dan ibuku kini mempunyai 11 cucu dan 1 cicit yang baru dilahirkan pada 24 Aug 2009 yang lalu. Cicit ini adalah anak hasil perkahwinan anak pertama abangku,Akasah dan Norhayati.

Inilah barisan cucu cucu ibuku..Gambar diambil pada hariraya terakhir bersama arwah bapaku iaitu tahun 2007.


Duduk didepan dr kiri: Ani Hafizah, Akasah, Wan Mohd Afiq (atas pangku Akasah), Aisyah.
Duduk : Bak & Emak
Duduk dibelakang : Suraya & Wan Mohd Aliff
Berdiri dr kiri : Ros Sarah, Nurul, Emy Haznida, Erna
Tiada dalam gambar ni Abdu Hafees,(bekerja pada hari raya tersebut)

Saturday, August 1, 2009

Gambar Kenangan



Kebetulan minggu ni balik kampung disebabkan kematian datuk tiri sebelah bapa setelah koma selama 5 hari kerana kemalangan, maka dapatlah ambil gambar arwah Tok Bak dan opah serta mak satu family.Inilah wajah Tok Bak.


Ini pula gambar Tok Bak dan Opah untuk tatapan semua anak anak, cucu cicit yang tidak pernah melihat mereka berdua.




Dibawah ni gambar adik beradik mak.


Duduk dr kiri: Hasimah ,Aminah,Ahmad,Opah, Md Ludin,Zahrah,Mariam
Berdiri dr kiri: Aisyah,Abd Hamid, Rabeah, Abd Majid, Norzakiah,
A.Rahman,Hamidah,Abd Jamal

Tengah musim buah buahan pulak tu, puaslah makan rambutan, durian, manggis dan pulasan. Ada tu yang mak ambil kat kebun orang. Disebabkan banyak, buah rambutan dah berlambak lambak takda harga kata orang so dia orang offer kat mak, kalau nak datanglah petik sendiri kat kebun. Pastu akak aku ada buat seri muka durian pulak.. eh inikan kuih kegemaran Tok Bak, kataku sambil tangan tak berhenti menyuap kuih tersebut kemulut. Itulah kenangan bersama Tok Bak.

Friday, July 17, 2009

Pengenalan

Blog ni diujudkan untuk menyatukan ahli keluarga keturunan Arwah Abd Wahab Jumaat disamping merapatkan silaturrahim antara kami memandangkan kebanyakan dari kami cucu cucu telah ramai yang menetap diluar kampung asal kami, Mersing. Dari itu, perkembangan ahli keluarga kami juga banyak yang terputus.Yalah, ada yang dah berkahwin, bercucu dan lain lain. Senang kata, banyak yang dah tak kenal antara satu sama lain. Silap cara, boleh jadi bergaduh sama sendiri disebabkan tak tau asal usul keturunan. Setahu aku, cucu yang pertama berusia 52 tahun manakala cucu yang terakhir berusia 3 tahun. Berapa orang ek,,nanti kira dulu ya, rasa rasanya 68 orang.
Semoga dengan adanya blog ini, perhubungan dan perkembangan ahli keluarga keturunan Abd Wahab Jumaat akan sentiasa dimaklumi oleh setiap ahli keluarga. Amin!

Saturday, July 11, 2009

Datuk ku Arwah Abdul Wahab bin Jumaat

Datukku, Arwah Abd Wahab@Wook bin Jumaat atua lebih dikenali sebagai Pak Wook, berasal dari Pahang adalah salah seorang penduduk tertua didaerah Mersing.Beliau telah kembali kerahmatullah pada 18 Feb 1983. Pernah berkahwin sebanyak 3 kali dan mempunyai 17 orang anak. Bersama isteri pertama, datukku mendapat seorang anak lelaki bernama Md Ludin yang mana telah pun kembali kerahmatullah. Manakala bersama isteri yang ke3, Arwah Fatimah bt Mohd Salleh yang meninggal pada 16 Jun 2006, beliau mendapat anak sebanyak 16 orang iaitu:-
1. Aminah
2. Hashimah
3. Arwah Jamaliah meninggal semasa berusia 3 bulan.
4. Arwah Zaharah meninggal pada 2/6/2006.
5. Ahmad
6. Mariam
7. Abd Majid
8. Abd Hamid
9. Aisyah
10. Rabeah
11. Arwah Hasnah meniggal semasa berusia 9 bulan.
12. Hamidah.
13. Arwah Mohs Yusof meninggal semasa berusia 3 bulan
14. Abd Rahman
15. Abd Jamal
16. Norzakiah.
Semaa hayatnya, datukku bekerja sebagai pembuat batu nisan disamping menjadi kesayangan ahli keluarganya walau dimana pun termasuk yang berada di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ianya terbukti setiap kali mengadakan khenduri kahwin, aku lihat begitu ramai saudara-mara datukku yang jauh datang, kadang kala seminggu sebelum khenduri pun dah datang. Lama kelamaan aku mula faham mengapa mereka semua datang. Sebabnya sebahagian dari mereka telah dikirimkan duit tambang untuk datang, mungkin datukku maklum situasi kewangan saudara maranya. Bukan semasa khenduri saja mereka dihantar duit tetapi dimusim menyambut perayaan pula, datukku akan mengirimkan kain untuk dibuat persiapan baju raya. Teringat semasa aku kecil, kami semua pakai baju dari kain yang sama, dari emak,bapa sampai keanak, bukan satu keluarga saja tapi 3-4 keluarga. Ini disebabkan datukku selalu membeli kain sekayu untuk baju raya manakala opahku pula yang akan menjahit kesemua baju tersebut. Jadi konsep tema warna bagi keluarga telah lama kami gunakan. Sampai satu tahap ( bila dah besar sket) kami mula merasa malu nak pakai baju yang sama. Tapi pun tak banyak beza, warna je lain tapi corak tetap sama. Jadi branding Pak Wook tetap ada. Ini disebabkan datukku sentiasa mengambil berat tentang keperluan dan kemampuan anak anak beliau walupun telah berkahwin. Begitulah sikap datukku,walaupun seorang yang tegas tetapi masih mampu mengajar kami ketika duduk bersama.