Mangga

Tuesday, December 28, 2010

Pre Gathering Waris AWJ 25 dan 26 Disember 2010





MERSING : Alhamdulillah, setelah menanti sekian lama, pertemuan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan daripada semua pihak. Semua anak-anak Arwah AWJ berkumpul di rumah salah seorang anak kepada Arwah iaitu di rumah Allahyarhamah Zahrah Ab Wahab pada 25 dan 26 Disember 2010.

Daripada 12 orang anak Arwah AWJ yang masih ada, seramai 11 orang hadir memeriahkan garthering yang julung kali diadakan ini. Kemesraan yang terjalin masih terasa walaupun ada yang tidak pernah bersua muka. Keramahan dan kasih sayang antara sesama keluarga jelas terpancar di ruang mata.

Semoga rancangan untuk mengadakan gathering yang lebih besar akan berjaya dan menarik lebih ramai lagi Waris Arwah AWJ.