Mangga

Saturday, June 19, 2010

Khenduri Tahlil Buat Opah

16 Jun 2010 adalah ulangtahun kembali Opah kerahmatullah yang ke 4. Berkat sepakat beramai ramai, khenduri tahlil telah dibuat pada 17/6/2010, hari Khamis malam Jumaat yang lalu. Mulanya nak buat simple saja juadah untuk tahlil ni, Laksa Singapore sebagia menu utama dengan kuih kuih saja. Akhir nya pada hari yang ditetapkan, aku mula bercuti pada 16/6 untuk membeli barang keperluan majlis ini. Makin lama makin banyak pulak barang yang diminta untuk dibeli. Hai, semua mengidam kuih yang macam macam, mak suruh buat kuih hati pari, lebih kurang macam puding jagung sebab ada orang bagi jagung. Ana pulak nak seri muka durian ( ni kegemaran arwah Tok Bak). Aku pulak nak makan popia basah. Ni baru menu tambahan dari keluarga aku.

Menjelang esok petang, dalam kesibukan kami menyiapkan menu utama dengan kuih kuih, mak Yam pulak nak tambah beg goodies berisi bunga telur dan pulut kuning. Dalam pukul 5 petang, Pak Salam pulak hantar cup cakes hasil tangan Mak Ham. Kak Ani pulak bawa karipap masa maghrib. Bayangkanlah betapa banyaknya makanan. Sampai tak muat meja tapi lupa lak nak ambil gambar sebab dah penat sangat bangun duduk(2x). Tak dapat aku bayangnkan kalau kita buat khenduri dengan setiap orang nak membuat 1 jenis juadah. Anak Opah ada 14 orang, mesti meriah.. apa apa pun majlis macam ni memang best. Tak perlu nak keluarkan modal yang banyak sebab semua orang keluarkan menu masing masing dengan modal masing masing.


walaupun majlis khenduri ini dibuat sempena pemergian Opah tapi doa adalah untuk semua ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah beserta semua muslimin dan muslimat. Al-Fatihah..semoga doa kita diterima dan memberi berkat kepada semua roh..

Friday, June 4, 2010

Kucing Keluarga



Gracie...curi selipar jiran sebelah umah. Lpas curi, dia mkn selipar tu...isshhhh dah xde benda lain nk dimakannyer...huhuhu