Mangga

Friday, July 17, 2009

Pengenalan

Blog ni diujudkan untuk menyatukan ahli keluarga keturunan Arwah Abd Wahab Jumaat disamping merapatkan silaturrahim antara kami memandangkan kebanyakan dari kami cucu cucu telah ramai yang menetap diluar kampung asal kami, Mersing. Dari itu, perkembangan ahli keluarga kami juga banyak yang terputus.Yalah, ada yang dah berkahwin, bercucu dan lain lain. Senang kata, banyak yang dah tak kenal antara satu sama lain. Silap cara, boleh jadi bergaduh sama sendiri disebabkan tak tau asal usul keturunan. Setahu aku, cucu yang pertama berusia 52 tahun manakala cucu yang terakhir berusia 3 tahun. Berapa orang ek,,nanti kira dulu ya, rasa rasanya 68 orang.
Semoga dengan adanya blog ini, perhubungan dan perkembangan ahli keluarga keturunan Abd Wahab Jumaat akan sentiasa dimaklumi oleh setiap ahli keluarga. Amin!

Saturday, July 11, 2009

Datuk ku Arwah Abdul Wahab bin Jumaat

Datukku, Arwah Abd Wahab@Wook bin Jumaat atua lebih dikenali sebagai Pak Wook, berasal dari Pahang adalah salah seorang penduduk tertua didaerah Mersing.Beliau telah kembali kerahmatullah pada 18 Feb 1983. Pernah berkahwin sebanyak 3 kali dan mempunyai 17 orang anak. Bersama isteri pertama, datukku mendapat seorang anak lelaki bernama Md Ludin yang mana telah pun kembali kerahmatullah. Manakala bersama isteri yang ke3, Arwah Fatimah bt Mohd Salleh yang meninggal pada 16 Jun 2006, beliau mendapat anak sebanyak 16 orang iaitu:-
1. Aminah
2. Hashimah
3. Arwah Jamaliah meninggal semasa berusia 3 bulan.
4. Arwah Zaharah meninggal pada 2/6/2006.
5. Ahmad
6. Mariam
7. Abd Majid
8. Abd Hamid
9. Aisyah
10. Rabeah
11. Arwah Hasnah meniggal semasa berusia 9 bulan.
12. Hamidah.
13. Arwah Mohs Yusof meninggal semasa berusia 3 bulan
14. Abd Rahman
15. Abd Jamal
16. Norzakiah.
Semaa hayatnya, datukku bekerja sebagai pembuat batu nisan disamping menjadi kesayangan ahli keluarganya walau dimana pun termasuk yang berada di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ianya terbukti setiap kali mengadakan khenduri kahwin, aku lihat begitu ramai saudara-mara datukku yang jauh datang, kadang kala seminggu sebelum khenduri pun dah datang. Lama kelamaan aku mula faham mengapa mereka semua datang. Sebabnya sebahagian dari mereka telah dikirimkan duit tambang untuk datang, mungkin datukku maklum situasi kewangan saudara maranya. Bukan semasa khenduri saja mereka dihantar duit tetapi dimusim menyambut perayaan pula, datukku akan mengirimkan kain untuk dibuat persiapan baju raya. Teringat semasa aku kecil, kami semua pakai baju dari kain yang sama, dari emak,bapa sampai keanak, bukan satu keluarga saja tapi 3-4 keluarga. Ini disebabkan datukku selalu membeli kain sekayu untuk baju raya manakala opahku pula yang akan menjahit kesemua baju tersebut. Jadi konsep tema warna bagi keluarga telah lama kami gunakan. Sampai satu tahap ( bila dah besar sket) kami mula merasa malu nak pakai baju yang sama. Tapi pun tak banyak beza, warna je lain tapi corak tetap sama. Jadi branding Pak Wook tetap ada. Ini disebabkan datukku sentiasa mengambil berat tentang keperluan dan kemampuan anak anak beliau walupun telah berkahwin. Begitulah sikap datukku,walaupun seorang yang tegas tetapi masih mampu mengajar kami ketika duduk bersama.